MEKAP DI KEDAI RM200


MEKAP DI RUMAH PENGANTIN, TOUCH-UP SEPANJANG SANDING RM250


MEKAP AKAD DAN MEKAP SANDING HARI SAMA RM350


MEKAP AKAD DAN MEKAP SANDING HARI BERLAINAN RM450


INAI LUKIS RM50 UNTUK TANGAN SAHAJA.
RM80 TERMASUK KAKI.


*kawasan liputan Pasir Mas - Kota Bharu - Tanah Merah, Kelantan










Rujukan Dalam Merancang Majlis Perkahwinan

17 Perkara Utama Bakal Pengantin Perlu Tahu

Perkahwinan adalah perkara yang menggembirakan. Sebut saja kahwin semua menggambarkan pelamin dan busana yang indah. Tetapi bagi pasangan muda dan bakal pengantin, mereka masih lagi kabur dengan perancangan perkahwinan. Kadangkala ada juga perkara yang mereka terlepas pandang sehingga keadaan menjadi kelam kabut. Malah apabila sudah hampir pun, anda masih buntu. Ada yang lepas tangan menyerahkan tugas kepada orang lain. Anda sebagai bakal pengantin perlu tahu perkara-perkara penting dan sampingan supaya majlis lebih teratur dan meriah. Berikut adalah perkara yang bakal pengantin mesti tahu.

1. Rancang Kewangan
Rancang kewangan perbelanjaan perkahwinan. Pastikan bajet cukup untuk hantaran, hidangan tetamu, pelamin, baju dan lain-lain kelengkapan. Simpan sedikit wang untuk hal-hal sampingan misalnya untuk membeli pembalut, gam, dan lain-lain.

2. Perbincangan
Bincangkan hal adat perkahwinan dengan ibu bapa dan orang yang lebih tua. Tanya pendapat mereka kerana mereka boleh memberi idea yang bernas. Pengalaman mereka boleh dijadikan panduan.

3. Konsep majlis
Tentukan konsep majlis. Pelbagai tema boleh menjadi pilihan anda yang merangkumi set ruang makan tetamu, pelamin, bilik tidur dan lain-lain lagi. Cari kelainan supaya majlis anda lebih “happening”.

4. Khidmat perunding perkahwinan
Merujuk kepada perunding perkahwinan, kerana mereka lebih arif. Perkhidmatan ini menjadikan majlis anda berjalan dengan lancar. Bajet anda juga akan lebih jelas kerana perunding akan menyatakan harga kelengkapan majlis anda.

5. Tempahan di kedai pengantin
Tempah pelamin, busana pengantin dan jurusolek/juruandam. Lebih mudah jika dalam satu pakej dan anda boleh dapat harga lebih murah. Jurusolek boleh membuat suai padan make up dengan baju dan bentuk wajah anda.

6. Jurugambar
Pilih jurugambar atau videografi berdasarkan bajet dan cita rasa. Nyatakan kehendak anda kepadanya supaya lebih memenuhi kehendak anda. Gambar merupakan kenang-kenangan abadi peristiwa dalam hidup anda. Rujuk gambar-gambar yang pernah menggunakan perkhidmatannya.

7. Kursus pra-perkahwinan
Kursus pra perkahwinan di Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama atau syarikat swasta yang berdekatan dengan kawasan. Kursus ini memang wajib untuk bakal-bakal pengantin yang berdaftar di samping mendidik bakal pengantin mendirikan rumah tangga yang bahagia.

8. Orang yang terlibat dalam pernikahan
Pastikan wali dan saksi nikah anda. Masalah akan timbul jika pihak perempuan tidak dapat mencari walinya sendiri. Jika bapa telah meninggal dunia boleh abang atau adik kandung menjadi wali atau wali hakim. Tempah Tok Kadi dan masjid jika tidak bernikah di rumah.

9. MenJemput kumpulan muzik
Tempah kumpulan muzik atau DJ jika perlu. Kumpulan muzik adalah untuk memeriahkan lagi majlis. Jika anda pergi ke majlis kahwin yang tiada pemuzik, majlis tersebut akan menjadi seperti hambar dan kurang meriah.

10. Menu
Makanan yang kurang enak mencacatkan majlis. Oleh itu tempah katering yang terbaik melalui survey yang anda lakukan. Bagi yang masak sendiri, perancangan menu dan bahan mentah serta tukang masak hendaklah dirancang lebih awal.

11. Kad jemputan
Sediakan senarai tetamu. Memilih dan mencetak kad jemputan mengikut senarai supaya tidak terlebih cetak kad. Jika bajet kurang, jangan memilih kad yang mahal. Cukuplah sekadar jelas maklumat jemputan dan peta pelan ke rumah pengantin.

12. Hebahkan majlis anda
Maklumkan kepada saudara mara dan rakan-rakan melalui kiriman kad, telefon, e-mel atau lebih menampakkan kesungguhan datang sendiri ke rumah mereka.

13. Pengesahan tempahan
Mengesahkan tempahan di hotel, dewan atau taman termasuk meja, kerusi, menu dan sebagainya. Hal ini untuk memastikan tempahan yang dibuat seperti yang dirancang. Jangan last minute ada yang dibatalkan.

14. Pemeriksaan kesihatan
Lakukan pemeriksaan kesihatan seperti ujian saringan HIV. Pastikan kesihatan badan sentiasa baik sebelum menjelang perkahwinan dan semasa majlis berlangsung. Makan makanan yang sihat. Hindari perkara yang boleh membawa penyakit. Walaupun selesema, ia boleh merosakkan mood anda. Bagi perempuan pula, jangan terlebih makan kerana dikhuatiri baju pengantin yang anda telah tempah menjadi ketat.

15. Rawatan kecantikan
Lakukan rawatan muka, badan dan rambut supaya lebih berseri. Rawatan ini juga persediaan pengantin menghadapi malam pertama.

16. ''Honeymoon''
Tentukan bajet dan tempat untuk berbulan madu. Tempahan awal boleh menjimatkan kerana harganya lebih murah. Pada musim cuti persekolahan, kebanyakan bilik-bilik akan habis ditempah.

17. Pembantu
Lantik beberapa orang dari rakan atau keluarga untuk menjadi pengapit, ketua dapur, ketua atur cara majlis, pemberi cenderahati, flower girl dan penyambut tetamu.

18. Senarai acara
Jika perlu sediakan atur cara majlis dari pagi hingga kerja mencuci periuk belanga. Majlis akan lebih teratur dan tidak menjadi kelam kabut.

(dipetik dari PesonaPengantin.com.my)

Story Book / Custom Album Samples

Harga story book 

RM450 (crystal, termasuk editing)
RM400 (leather, termasuk editing)

RM350 (crystal, tanpa editing)
RM300 (leather, tanpa editing)


















Kenapa ramai pasangan pengantin yang memilih khidmat fotografi professional?
Pernikahan adalah perkara yang berlaku hanya sekali untuk kebanyakan orang. Momen yang di papar dalam bentuk hardcopy atau softcopy dari jurugambar professional adalah untuk tatapan sehingga akhir hayat. Jika anda membayar RM700 untuk pakej basic dari jurugambar professional, kenapa tidak anda hanya membeli satu digital camera dengan harga itu, kemudian suruh adik-adik anda mengambil gambar perkahwinan? Jawapannya hanya pada pasangan itu sendiri, tepuk dada tanya selera.
Kenapa ada harga berbeza-beza di pasaran?
Ada yang mahal atas seribu , ada yang murah bawah 500 dan sebagainya?
1. Harga bergantung pada faktor sosio-ekonomi di sesuatu kawasan.
Di Kuala Lumpur mereka akan menetapkan harga rm1500-rm2500. Bagi yang di kampung, kebanyakkan photographer menetapkan harga yang wajar bagi orang di kampung.
2. Harga ditawarkan mengikut roll (1 roll= 36 keping), Upah & Pakej
Harga juga ditetapkan berasaskan jumlah kuantiti gambar yg ditawarkan, biasanya bersaiz 4R untuk majlis perkahwinan. Walaupun digital kita masih kira roll untuk memudahkan pemahaman. Harga semasa bagi 1 roll paling murah rm300 hingga rm500 - 1 roll, jika peralatannya bagus harganya lebih mahal. Tetapi kebanyakan photographer tidak menawarkan serendah 1 roll kerana majlis perkahwinan tidak mungkin di gambarkan dalam 1 roll.
3. Upah
Ada photographer mengambil upah sehingga rm500 sehari untuk menangkap gambar sahaja. Paling murah ialah rm350 sehari. Ini adalah upah untuk penat lelah, pengangkutan dan kepakaran.
4. Pakej
Pakej juga mengambil peranan dalam penetapan harga. Jika ada custom album terlibat dalam pakej, anda akan dapati harga servis menjadi mahal. Ini kerana photographer mengambil upah menyuusun atur gambar dan edit gambar untuk menjadikan satu album penuh. Upah custom album biasanya ditetapkan dari rm400 sehingga paling mahal rm800.
Nasihat bagi mereka yang mencari Photographer.


Tanya photographer mereka menggunakan kamera jenis ape? Nikon atau Canon EOS - Kedua ini sahaja yg bagus. Jika selain daripadanya, lupakan sahaja kecuali ada photographer senior pakai leica atau pentax. Tetapi wide range of lenses yg buatkan nikon dan canon menjadi pilihan utama



Tanya contoh gambar atau galeri online


Bandingkan berape roll? berape 8R? dengan frame atau tidak? Album? Custom Album


Tanya photographer coverage majlis? gambar posing je ke? berarak? bersanding?


5. Memahami Kerja Photographer
Kerja mengambil gambar ini tidak mudah dan tidak pula senang seperti yang disangkakan. Bagi jurugambar yang mengambil keseluruhan majlis, ia adalah kerja yang memenatkan dan kerja yang berpeluh, dari semua sesi, nikah, malam berinai, berarak, persalinan dan sebagainya.
Kemudian semua shot ini di proses untuk dijadikan gambar kerana shot yang diambil adalah format RAW dan kemudiannya di proses (EV, contrast, saturation dan lain-lain) satu per satu menjadi gambar (jpeg). Jika gambar di ambil dlm format jpeg kualitinya akan jatuh bila kita adjust semula setting2 tersebut.
6. Kenapa kekadang gambar kahwin gelap dan tak cukup warna?
Ini mungkin kerana printer di kedai gambar menggunakan kertas murah, catridge murah dan biasanya printer besar ini susah hendak mendapatkan komposisi warna yang sama dengan monitor. Biasanya jurugambar akan memilih kedai gambar yang dapat menghasilkan gambar yang berkualiti, yang harganya tentu lebih mahal.
Ada jurugambar yang membuat percetakan sendiri gambar menggunakan printer canon selphy dan kertas postcard 4R canon yg dijamin kualitinya dan tahan 100 tahun print. printnya adalah menggunakan teknologi dye-sub, bukan ink-jet atau bubble jet. Ia berkualiti tinggi tidak seperti machine printer besar di kedai gambar. Jika menggunakan mesin kedai gambar ini jarang sekali memberikan hasil yang memuaskan kerana mesin ini mencetak sejumlah kuantiti yang besar pada satu satu masa. kadangkala gambar gelap dan kadangkala warna kurang. Ini adalah masalah yang biasa.
7. Gambar Film boleh edit? Digital tak boleh?
Ini adalah satu penipuan alaf baru, gambar digital adalah lebih senang dan lebih bagus untuk di edit kerana ia format digital dan terus masuk ke komputer, sebelum menjadi gambar format RAW yang disunting di komputer tidak menurunkan kualiti. Tetapi gambar film terpaksa di cuci di bilik gelap kemudiannya di scan, jika scanner yang digunakan tidak berkualiti, gambar pun tidak berkualiti dan akan mempunyai noise, selepas itu baru gambar di edit dan di betulkan yg akan meragut kualiti gambar tersebut.
Harap artikel ini membantu anda mencari photographer yang bagus ketika majlis perkahwinan anda berlangsung..So, harhgailah mereka yang bekerja di dalam bidang ini.

(dipetik dan diolah dari MyKawin.Net)

PERKARA YANG PERLU DIAMBIL DALAM PERNGIRAAN HARGA
Antara senarai perkara yang perlu diambil kira semasa peniraan kos untuk perkhidmatan
fotografi anda ialah:-
a. Kos bahan mentah (raw material seperti album, kos mencetak dll).
b. Kos professional (yuran perkhidmatan fotografi mengikut pengalaman jurugambar,
perkhidmatan rekabentuk album, khidmat nasihat).
c. Susut nilai peralatan fotografi.
d. Kos penjenamaan (Goodwill).
e. Cukai perniagaan / cukai pendapatan.
f. Kos R&D
g. Insuran.
h. Masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan kerja-kerja ynag berkaitan dengan
tugasan fotografi.
i. Overhead – kos yang mesti dikeluarkan setiap bulan walaupun tidak ada apa-apa
tugasan. Terbahagi kepada dua iaitu:
i. Personal Overhead (freelancer) – ansuran kereta, sewa rumah, bil elektrik, bil
telefon, bil internet, perbelanjaan perjalanan (minyak, tol dll) dan yang
kebiasaannya dilupakan, gaji untuk diri sendiri.
ii. Company overhead (untuk syarikat) – bil telefon, bil internet, bil elektrik, sewa
pejabat, gaji pekerja, yuran setiausaha syarikat, cukai syarikat, insuran dll.

(dipetik dari Saiful Nang 2009)

Perkara yang diambil kira dalam pengiraan kos penggambaran:


1. Yuran jurugambar

2. Yuran perkhidmatan pemasaran

Komisyen kepada yang mendapatkan tugasan; kebiasaannya dikira 5-10%

3. Yuran perkhidmatan merekabentuk album

(gaji designer ÷ 30hari) x hari yang diperlukan untuk menyiapkan album

4. Kos Album

raw material yang dibayar kepada pembekal / pembuat album

5. Overhead

(overhead syarikat ÷ 30hari) x project day**

6. Susutnilai harga kamera

mengambil kira peralatan yang “wear and tear” seperti kamera. Katakan

jangkahayat kamera sehingga 100,000 shutter, jadi nilai ini ditentukan =

RM5000(harga kamera) ÷ 100,000) x 500 petikan per majlis

7. Kos bateri Flash

8. Minyak kereta dan tol

9. Insuran

10. R&D

11. Penjenamaan

12. Kos promosi