Kenapa ramai pasangan pengantin yang memilih khidmat fotografi professional?
Pernikahan adalah perkara yang berlaku hanya sekali untuk kebanyakan orang. Momen yang di papar dalam bentuk hardcopy atau softcopy dari jurugambar professional adalah untuk tatapan sehingga akhir hayat. Jika anda membayar RM700 untuk pakej basic dari jurugambar professional, kenapa tidak anda hanya membeli satu digital camera dengan harga itu, kemudian suruh adik-adik anda mengambil gambar perkahwinan? Jawapannya hanya pada pasangan itu sendiri, tepuk dada tanya selera.
Kenapa ada harga berbeza-beza di pasaran?
Ada yang mahal atas seribu , ada yang murah bawah 500 dan sebagainya?
1. Harga bergantung pada faktor sosio-ekonomi di sesuatu kawasan.
Di Kuala Lumpur mereka akan menetapkan harga rm1500-rm2500. Bagi yang di kampung, kebanyakkan photographer menetapkan harga yang wajar bagi orang di kampung.
2. Harga ditawarkan mengikut roll (1 roll= 36 keping), Upah & Pakej
Harga juga ditetapkan berasaskan jumlah kuantiti gambar yg ditawarkan, biasanya bersaiz 4R untuk majlis perkahwinan. Walaupun digital kita masih kira roll untuk memudahkan pemahaman. Harga semasa bagi 1 roll paling murah rm300 hingga rm500 - 1 roll, jika peralatannya bagus harganya lebih mahal. Tetapi kebanyakan photographer tidak menawarkan serendah 1 roll kerana majlis perkahwinan tidak mungkin di gambarkan dalam 1 roll.
3. Upah
Ada photographer mengambil upah sehingga rm500 sehari untuk menangkap gambar sahaja. Paling murah ialah rm350 sehari. Ini adalah upah untuk penat lelah, pengangkutan dan kepakaran.
4. Pakej
Pakej juga mengambil peranan dalam penetapan harga. Jika ada custom album terlibat dalam pakej, anda akan dapati harga servis menjadi mahal. Ini kerana photographer mengambil upah menyuusun atur gambar dan edit gambar untuk menjadikan satu album penuh. Upah custom album biasanya ditetapkan dari rm400 sehingga paling mahal rm800.
Nasihat bagi mereka yang mencari Photographer.


Tanya photographer mereka menggunakan kamera jenis ape? Nikon atau Canon EOS - Kedua ini sahaja yg bagus. Jika selain daripadanya, lupakan sahaja kecuali ada photographer senior pakai leica atau pentax. Tetapi wide range of lenses yg buatkan nikon dan canon menjadi pilihan utama



Tanya contoh gambar atau galeri online


Bandingkan berape roll? berape 8R? dengan frame atau tidak? Album? Custom Album


Tanya photographer coverage majlis? gambar posing je ke? berarak? bersanding?


5. Memahami Kerja Photographer
Kerja mengambil gambar ini tidak mudah dan tidak pula senang seperti yang disangkakan. Bagi jurugambar yang mengambil keseluruhan majlis, ia adalah kerja yang memenatkan dan kerja yang berpeluh, dari semua sesi, nikah, malam berinai, berarak, persalinan dan sebagainya.
Kemudian semua shot ini di proses untuk dijadikan gambar kerana shot yang diambil adalah format RAW dan kemudiannya di proses (EV, contrast, saturation dan lain-lain) satu per satu menjadi gambar (jpeg). Jika gambar di ambil dlm format jpeg kualitinya akan jatuh bila kita adjust semula setting2 tersebut.
6. Kenapa kekadang gambar kahwin gelap dan tak cukup warna?
Ini mungkin kerana printer di kedai gambar menggunakan kertas murah, catridge murah dan biasanya printer besar ini susah hendak mendapatkan komposisi warna yang sama dengan monitor. Biasanya jurugambar akan memilih kedai gambar yang dapat menghasilkan gambar yang berkualiti, yang harganya tentu lebih mahal.
Ada jurugambar yang membuat percetakan sendiri gambar menggunakan printer canon selphy dan kertas postcard 4R canon yg dijamin kualitinya dan tahan 100 tahun print. printnya adalah menggunakan teknologi dye-sub, bukan ink-jet atau bubble jet. Ia berkualiti tinggi tidak seperti machine printer besar di kedai gambar. Jika menggunakan mesin kedai gambar ini jarang sekali memberikan hasil yang memuaskan kerana mesin ini mencetak sejumlah kuantiti yang besar pada satu satu masa. kadangkala gambar gelap dan kadangkala warna kurang. Ini adalah masalah yang biasa.
7. Gambar Film boleh edit? Digital tak boleh?
Ini adalah satu penipuan alaf baru, gambar digital adalah lebih senang dan lebih bagus untuk di edit kerana ia format digital dan terus masuk ke komputer, sebelum menjadi gambar format RAW yang disunting di komputer tidak menurunkan kualiti. Tetapi gambar film terpaksa di cuci di bilik gelap kemudiannya di scan, jika scanner yang digunakan tidak berkualiti, gambar pun tidak berkualiti dan akan mempunyai noise, selepas itu baru gambar di edit dan di betulkan yg akan meragut kualiti gambar tersebut.
Harap artikel ini membantu anda mencari photographer yang bagus ketika majlis perkahwinan anda berlangsung..So, harhgailah mereka yang bekerja di dalam bidang ini.

(dipetik dan diolah dari MyKawin.Net)

Categories: